Hikayat Musafir Si Pengembara...

Alam ciptaanNya sungguh indah dan luas...



Rasanya inilah video yang penuh bermakna buat seorang musafir di negeri orang. Kata orang, jauh berjalan, luas pemandangan. 

Salam Eidul Mubarak 2012...


Rasanya kemeriahan suasana Idul Fitri ni belum lagi reda kerana baru satu minggu kite beraye. Mungkin dua tiga minggu ni masih banyak rumah-rumah terbuka yang kita mesti pergi. Hari ini keadaan kesihatan saya agak tidak mengizinkan saya untuk keluar menghadiri Majlis Rumah Terbuka rakan2 sekerja di sini. Ikutkan hati memang nk pergi sebab xpernah lagi pegi open house kt overseas ni. hehe. Mungkin rezeki kali ini belum menyebelahi saya.

Rasanya dalam satu minggu ni memang jadual saya agak bizi dengan raya dan kerja. Hampir setiap hari ada saje tetamu yang datang ke rumah untuk menziarahi sanak saudara dan rakan taulan. Saya juga tidak terkecuali didatangi oleh kawan2 lama. Pada masa yang sama juga saya menghadiri rumah terbuka kawan2 saya yg sempat saya pergi.

Mungkin raya tahun ni agak berlainan kalau dibandingkan dengan dua tahun yang lepas. Sekarang makin bertambah kawan2 skolah yang dah kahwin. Ada yang beraya di rumah mentua (luar Kelantan), ada yang memang xdpt blk kg, dll.

Walaupun masa saya sangat singkat ketika pulang ke kg, sy masih sempat menggunakan peluang dan ruang masa yg ada untuk dimaanfaatkan bersama dengan keluarga tercinta dan rakan2 terdekat. Tidak lupa juga masa diluangkan bersama dengan si dia dan juga keluarganya. Walaupun masa agak singkat, tapi ianya sangatlah bermakna buat saya.

Terima kasih atas layanan baik awk dan juga keluarga tercinta. Semoga Allah permudahkan urusan kita ke arah itu nanti. Amiin.