Hikayat Musafir Si Pengembara...

Alam ciptaanNya sungguh indah dan luas...

Ada nampak spek mata aku tak?”, tanya Jiman yang sedang meraba-raba mencari spek matanya yang hilang.

“Tak nampak pun”, aku menjawab ringkas sambil berehat di atas sofa rumah.

Aku tahu bagaimana perasaan Jiman ketika itu apabila kehilangan cermin mata, kerana aku sendiri selalu juga hilang cermin mata. Memang rimas, tidak selesa dan susah nak buat kerja. Pernah suatu hari ketika bergegas hendak pergi ke kelas, tiba-tiba cermin mata aku hilang. Misplace. Kelam kabut aku mencarinya. Buka sini, buka sana. Selongkar sini, selongkar sana tapi tak jumpa juga. Akhirnya aku pergi ke kelas tanpa bercermin mata. Semasa berada di dalam kelas, aku betul-betul tidak selesa melihat pensyarah di depan aku dalam kekaburan. Merimaskan.

Bila tamat kelas, aku bergegas balik ke bilik menyelongkar setiap sudut bahagian yang berkemungkinan terdapat cermin mata di situ. Alhamdulillah, akhirnya kuketemu juga permata yang hilang tu.

Beginilah keadaan hidup orang yang bergantung perjalanannya dengan cermin mata. Bagi anda yang tidak memakainya, mungkin anda tidak dapat memahami keadaan orang yang memakai cermin mata. Namun, sekiranya anda ingin cuba merasainya, cuba anda andaikan diri anda sebagai pemandu kereta yang sedang memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Andaikan.

Ketika melihat gelagat emak mencari-cari cermin matanya sambil-sambil berehat dan berbaring di atas sofa, aku bertanya kepada diri sendiri, “Betapa susahnya mata yang kabur hendak berjalan jikalau tidak bercermin mata. Ini baru cermin mata. Tetapi macam mana pula agaknya keadaan manusia yang hidup tanpa berCermin Matakan al-Quran dan Sunnah?”

Rupanya dengan cermin mata itu pun boleh manjadi tamsil untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Allah SWT.

"Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka” (Ali-‘Imran: 191)

0 comments: