Hikayat Musafir Si Pengembara...

Alam ciptaanNya sungguh indah dan luas...


ORANG ramai berjalan di luar skrin gergasi yang memaparkan perlawanan bola sepak di Dataran Merah, Moscow semalam.

SEBUAH penjara yang terkenal dengan jolokan “lubang neraka” mungkin menjadi ‘kediaman’ warga Britain yang melakukan rusuhan dan bertindak ganas selepas perlawanan antara kelab bola sepak Manchester United (MU) dengan Chelsea di Moscow esok.

Penjara yang dikenali dengan nama Butyrka di Moscow itu pernah menempatkan beberapa tahanan politik dan reputasinya yang buruk menjadikan ia digeruni oleh rakyat Rusia.

Seorang diplomat asing berkata, keadaan di penjara itu terlalu teruk berbanding dengan penjara di negara-negara Barat.

“Ia penuh dengan bahaya dan saya sangat berharap anda tidak berada di sana,” katanya.

Penyakit berjangkit juga mudah merebak di penjara itu yang pernah dihuni beberapa penjenayah berbahaya dan ia juga dianggap seperti sarang tikus.


BEBERAPA peminat tiba di lapangan Terbang Domodedovo, dekat Moscow semalam.

Tahanan-tahanan yang berada di penjara itu juga terpaksa tidur mengikut giliran kerana setiap bilik kurungan yang hanya direka untuk 20 banduan tetapi pihak berkuasa menempatkan sehingga 80 banduan.

Keadaan di penjara itu adalah lembap tetapi pada musim panas keadaan menjadi sangat panas kerana setiap bilik kurungan tidak mempunyai banyak tingkap dan tiada penyaman udara.

Banduan pula hanya diberi makan bubur untuk bersarapan dan pada waktu tengah hari, mereka disajikan dengan sup, garam dan air manakala untuk makan malam, penghuni dihidangkan dengan bubur, sepotong roti serta sedikit gula.

Penyakit Aids dan batuk kering juga berleluasa di kalangan banduan di mana 37,000 tahanan di Rusia menghidap HIV positif.

Sebanyak 20 peratus penghuni penjara adalah pengguna dadah dan lebih 60 peratus daripada mereka berkongsi jarum suntikan.

Terdapat beberapa kejadian pukul di penjara dan pada bulan lalu, para tahanan melakukan tunjuk perasaan.

Kebanyakan penghuni penjara terpaksa menghabiskan masa menunggu kes mereka dibicarakan yang melibatkan tempoh selama beberapa tahun.

Ketika Rusia berada dalam pentadbiran Kesatuan Soviet, terdapat penghuni penjara di Butyrka itu yang diheret dari tempat tidur mereka pada waktu malam.

Seorang ekspatriat berkata : “Mereka (pegawai-pegawai pihak berkuasa Rusia) menyatakan keadaan di penjara itu sudah diperbaiki.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadi sukarelawan untuk memastikan sama ada ia betul atau tidak.”

Sebanyak 50,000 peminat bola sepak dari Britain dijangka membelanjakan £100 juta (RM623 juta) untuk menyaksikan perlawanan itu.

Para penyokong MU dan Chelsea membelajakan secara purata £2,000 (RM12,597) setiap seorang untuk perjalanan ke Moscow.


SEORANG penyokong kelab Manchester United tiba di sebuah lapangan terbang di Moscow.

Bayaran hotel adalah £500 (RM3,149) semalam dan tiket untuk pasaran gelap dijual £1,600 (RM10,078).

Sementara itu, ribuan anggota polis di Moscow kini bersedia menerima kehadiran lebih 40,000 peminat bola sepak dari Britain.

Menjelang perlawanan esok sejumlah anggota polis mula melakukan rondaan untuk mengesan penyeluk saku.

Seramai 7,000 anggota polis yang dibantu oleh sejumlah anggota polis Britain yang tidak beruniform pula berkawal di lokasi-lokasi penting.

Ketua Polis Moscow, Vyacheslav Kozlov berkata, anggota-anggotanya akan memberi layanan baik dan tidak memandang serong terhadap penyokong asing yang hadir.

Pihak berkuasa juga menampal sejumlah poster bagi memberi informasi kepada penduduk di Moscow berhubung perlawanan itu.

Namun, Dataran Merah yang merupakan mercu tanda di bandar raya itu tetap meriah dengan beberapa aktiviti sempena perlawanan akhir MU dengan Chelsea. – Agensi

p/s: sumber ini dipetik daripada akhbar kosmo bertarikh 20 Mei 2008.

0 comments: