Andainya manusia diberi peluang untuk bercakap tentang Islam menurut sesuka hati mereka, jika seseorang mendakwa kasihkan Allah menurut penilaiannya sendiri, nescaya tiada bezanya antara orang yang bercakap benar ataupun bohong. Suatu pengakuan hanya berdasarkan kata2 yg terucap, maka semua manusia boleh bercakap menurut kehendak hati mereka.
Sekadar kata2 belum menunjukkan bukti keIslaman dan juga kasih mereka terhadap Allah swt, bukti sebenarnya hanya apabila mereka sanggup merempuh kesusahan dan kesulitan seperti yg telah dilalui oleh pejuang2 Islam terdahulu. Jika mereka mampu menempuhnya dengan istiqomah dan penuh iltizam, ketika i2 barulah mereka boleh dianggap sbg org yg digelar "ash-Shadiq". Jika sebaliknya, nyatalah mereka adalah "al-Kazib", pendusta terhadap diri mereka sendiri serta Allah swt.
Allah swt juga mencabar manusia dlm Muhkamil at-Tanzil supaya menempuh pelbagai kesukaran dan kepayahan sehingga terbukti mereka i2 termasuk di kalangan seorang yg benar pendiriannya atau seorang yg pembohong. Allah hanya akan menerima seseorang i2 u masuk syurga sehingga seseorang i2 nyata berjihad dan sabar menempuh jalanNya.
Kalau beginilah percaturan Allah (sunnatullah) yang ditetapkan di kalangan hamba2Nya di dunia ini, maka sampai bilapun tidak ditemui jalan2 selain jalan yg penuh rintangan untuk menuju redhaNya. Malah Allah telah bebankan laluan sukar ini kpd para anbiya' dan arsaluhu.
Lantaran kesukaran dlm perjuangan adalah sunnatullah, maka kita dapati sepanjang sirah Rasulullah saw telah dianiayai oleh kaumnya, sejak baginda memperkenalkan dirinya kepada kaumnya dan seluruh manusia sbg Nabi dan jg utusan Allah. Nabi dilontar dgn batu dan najis binatang oleh kaumnya sendiri sedangkan baginda adalah cucunda pembesar terbesar di Makkah. Malahan nyawanya turut terancam dlm beberapa pakatan para penentangnya.
Begitu jg ape yg terjadi pada Nabi Ibrahim a.s yg bukan shj ditentang oleh ummatnya bahkan juga ayahnya sendiri yg bekerja sbg pembuat berhala. Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yg besar lagi marak menyala oleh para penentangnya yg amat kejam.
Justeru itu, jika manusia sedar bhw kesukaran dan cabaran pahit yg mesti ditempuhi sepanjang jalan menegakkan agama Allah swt, maka tidak seharusnya mereka menganggap bhw semua i2 adalah laluan semulajadi yg mesti ditempuh. Ibarat org yg hendak memetik buah di hujung dahan yg tinggi, jika mereka tidak berusaha u memanjat dgn segala ikhtiar yg penuh kesukaran, maka sudah pasti buah i2 tdk dapat dipetik dan dinikmati.
wallahu 'a'lam bissowaab...
Posted by
Mr GoLdEn SaNd
0 comments:
Post a Comment