Perubahan bukanlah tujuan tetapi proses penting yang jauh lebih bernilai dan menentukan dibandingkan sebuah hasil, sekalipun itu adalah sebuah kejayaan yang besar. Kerana perubahan tidak pernah berhenti hanya pada sebuah kejayaan yang besar. Kerana kejayaan hanyalah sebuah titik permulaan di sebuah masa di dalam genggaman perubahan. (khas buat Barack Obama)
Saya teringat, di CNN TV seorang Tony Blair, dikala ia dipilih sebagai PM Britain pernah berfalsafah dalam mendukung agenda George Bush melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan perang terhadapat pengganas antarabangsa . Dia fikir "No Change without Controversy". Entah apa hubungan ‘change’ dengan mengaitkan satu negeri Afganistan serta perang melawan terorisme global. Mungkin cuba untuk meyakinkan kaum buruh di negerinya bahawa keputusannya sememangnya kontroversi dalam mendukung perang terhadap sebuah negeri berdaulat dan dia tahu ia mendapat banyak pertentangan dari dalam negara dan juga dunia. Namun keputusan itu adalah jalan menuju perubahan dan tidak ada perubahan tanpa kontroversi! Begitulah fahaman yang dia miliki. Dia tahu pada saat itu tidak ada bukti yang boleh membuktikan bahawa pelakunya adalah Osama b. Laden. Tidak juga sampai hari ini!
Sekitar tujuh tahun setelah falsafah Blair, tahun ini perubahan nampaknya bakal berlaku di Amerika diusung oleh seorang yang mereka katakan cerdas, kharismatik, peduli dan persuasif. Tema perubahan semakin kental ketika Barack Obama menang dalam konvensi Democratic menuju pemilihan presiden. Dan kelmarin siang (WIB) saya kembali menyaksikan sebuah tema yang sama di dalam sebuah banner yang bertebaran dimana-mana dengan background biru, di layar TV. CHANGE we Need and CHANGE we believe in and so on... Lautan manusia ternanti-nanti sebuah deklarasi kemenangan untuk perubahan dari seorang lelaki Afro-Amerika, Barrack Husein Obama tampil ke panggung bersama anak dan Isterinya. Selang beberapa saat, ucapan ulungnya selaku bakal presiden Amerika ke-44 menguntai kata-kata sederhana dan mudah difahami oleh semua golongan.
…kerana mereka yakin kali ini harus berubah dan bahawa suara mereka bakal mendatangkan perubahan…Barack Obama, 5 November 2008.
…Sudah sekian lama, tapi malam ini, kerana apa yang telah kita lakukan hari ini, pada pemilihan kali ini dan pada saat yang menentukan ini, telah mendatangkan perubahan bagi Amerika…Barack Obama, 5 November 2008 (November 4, 2008 Chicago Time).
0 comments:
Post a Comment