Hikayat Musafir Si Pengembara...

Alam ciptaanNya sungguh indah dan luas...


KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) - Mengambil kira situasi yang berlaku sekarang, Umno dianggap sudah tidak relevan dalam kerangka politik di negara ini.

Bagaimanapun bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat peluang Umno untuk kembali berada di kedudukan lebih selesa hanya satu iaitu mengubah dasar parti seperti digariskan oleh Islam.

Pada saya, bukan masalah mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, tetapi masalah Umno itu sendiri yang sejak dahulu sehingga sekarang mengasingkan politik dengan agama.

Apa yang pemimpin Umno hendak jawab di depan Allah Taala di akhirat kelak kerana tidak menggunakan kuasa diberi untuk memartabatkan agama Islam.

Masalah Abdullah yang didesak meletak jawatan adalah soal peribadi. Saya hanya minat bincang masalah dasar Umno itu sendiri," katanya di sini.

Menurutnya sekarang bukan isu mahu Perdana Menteri didesak meletak jawatan sebaliknya persoalan dasar Umno itu sendiri tidak betul.

Hari ini, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno kerana kecewa dengan kepemimpinan Abdullah. Dan beliau hanya akan kembali ke pangkuan parti itu selepas Abdullah meletak jawatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Jumaat lalu, Menteri Besar yakin industri penternakan burung walit di negeri ini berkembang pesat berdasar kepada ramai pengusaha berminat menceburi industri tersebut.

Selain itu perusahaan burung walit Insya-Allah mampu menjadi tarikan kepada pelancong," katanya ketika merasmikan Nespure Holdings Sdn Bhd, kedai produk sarang burung walit di KB Mall.

Pengarah Nespure Holding Sdn Bhd, Ng Chin Pok berkata, produk sarang burung Walit dan premisnya dapat memperkembangkan industri pelancongan di negeri ini.

Ia bersesuaian dengan program Tahun Melawat Kelantan 2008 yang mensasarkan enam juta pelancong.

Beliau juga berkata penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial dijalankan sejak lebih 100 tahun lalu di Malaysia.

"Hasil penuaian pertama dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. Sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung walit menggunakan kaedah moden," katanya.

Turut hadir di majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah. - mj

sumber dipetik daripada harakahdaily.net bertarikh 19 Mei 2008

0 comments: