Hikayat Musafir Si Pengembara...

Alam ciptaanNya sungguh indah dan luas...

Zikir
Ali-Imran

zikir



Album : Amal Kerana Allah

Munsyid : Shoutul Amal

Marilah beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana ?..? Allahu Akbar

Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi cabaran

Semarakkan semangat perjuangan
Usahlah kita terus terleka
Menegak kema?rufan menentang kemungkaran
Allah pasti bersama

Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah
Susunlah barisan usahlah terleka
Bersatu teguh mara bersama
Moga Islamkan subur

Kerahkan tenaga jua fikiranmu
Korbankan harta sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah laungkan takbir
Allahu Akbar ..

Bersatulah kita bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama yang tercinta
Ayuh kita julang kembali
Islam pasti gemilang

Lirik : Abd Halim Abd Rahman
Lagu : Abd Halim Abd Rahman
Solo: Abd Alim Bin Zakaria

Sudah pasti rakyat 'menitis' air mata dan 'terhiris hatinya apabila Petronas yang diharapkan membantu rakyat di kala krisis minyak yang melanda sekali gus membebankan kos sara hidup 'berbelanja' mewah semata-mata untuk hiburan untuk golognan elit.

Parlimen dua minggu lalu menyaksikan pendedahan Ahli Parlimen (DAP-Bagan) Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa Petronas membelanjakan sejumlah RM3.5 juta sebulan untuk membiayai Malaysian Philharmonic Orchestra iaitu orkestra yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 10 tahun dahulu atas biaya Petronas.

Menurut laporan Okestra ini dianggotai oleh hanya lima peratus dari kalangan rakyat Malaysia manakala selebihnya adalah pemain muzik yang diimpot malah konduktor orkestra dibayar RM130,000 dan pembantunya RM50,000 sebulan dilihat lebih mahal dari elaun Menteri Besar dan Menteri Kabinet Malaysia.

"Beginikah caranya Petronas menyalurkan keuntungannya kepada rakyat, sedangkan persembahan orkestra ini hanya dinikmati oleh kurang satu peratus rakyat Malaysia yang rata-rata dari golongan elit dan berada?" kata Roslan Sms yang menyiarkan pendedahan itu dalam blognya.

Kata Roslan dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu ini dan rakyat disarankan untuk berjimat-cermat maka penjimatan yang paling utama adalah untuk menghapuskan sahaja orkestra yang tidak memberi manfaat kepada lebih 24 juta rakyat Malaysia ini.

"Peruntukkan RM130,000 sebulan untuk membayar gaji konduktor orkestra ini lebih baik digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

"Bayangkan MTUC perjuangkan gaji minima buat kaum pekerja di Malaysia sebanyak RM1,200.00 sebulan iaitu gaji RM900 dan COLA RM300,"

"Dengan RM130,000 sebulan ini dapat membayar gaji minima kepada 108 orang pekerja Malaysia dan membantu mereka mengatasi kesan kenaikkan kos hidup hari ini!," katanya dalam blog n32blogspot.

Doa itu hakikat...
Solat itu hakikat...
Dia itu sumber ma'rifat...
Kita makhluq, sedangkan Dia Khaliq...
Maka...
Dialah hakikat...
Dialah hasrat...
Dialah matlamat...
Dialah hajat...
Dialah Rahmat...
Dialah impian...
Dialah matlamat...
Dialah sandaran...
Dialah pergantungan...
Dialah keyakinan...
Dialah kepulangan...
Dialah kehidupan...
Dialah kematian...
Dialah cinta...
Dialah segalanya..

mengapa aku berfikir sebegini pada hari ini?salah 1 sebab mungkin aku rase aku ni slalu lalai dlm menunaikan amanah aku sebagai hambaNya...tidak salah u aku sedar n aku rase blm t'lambat u aku menginsafi isra' hidupku dgn kembali ke jalan yang benar sebelum t'lambat...

peristiwa2 yg berlaku sblm ni mengingatkan aku semasa mendengar khutbah pasal sakaraatul mauut di sbuah masjid...saat Rasulullah s.a.w di penghujung nyawanya tika si Izrail menarik nyawanya...aku tidak dapt gambarkan betapa perit dan sakitnya Rasulullah s.a.w menahan kesakitan hanya semata2 tdk mahu ummatnya mengunjungi sakaraatul mauut dalam keadaan yg lebih perit dari itu...

inilah kelebihan yg ada pg seorang utusan Allah ini yg menjadi contoh bukan sahaja kepada ummat manusia bahkan seluruh alam...namun sejauh manakah kite menghayati sirah junjungan mulia ini dalam hayat kita?brape bykkah selawat kite ke atasnya setiap hari?sama2lah kite renung dan fikirkan...just stop making excuses, start making progress...wassalam...

alkisah ptg semalam aku ngan adli mau ke gathering matrik kitorangkat area kl...kami b'tolak dlm kul 650ptg...ade la jgk t'sesat kt pj jap tp alhamdulillah akhirnya sampai jgk ke tmpt yang nak dituju...selesai solat maghrib kt um, kami singgah jap kt kolej ibnu sina jumpe sahabat2 kt situ...alhamdulillah bahang ukhuwwah 2 masih terasa even dah lame b'jauhan...mmm...makan pon xingat dunia sebab 'we r xtremely hungry'...tapi alhamdulillah ape yg kami mkn semuanya hbs...

sambil2 kitorang makan smalam adela sorang pakcik ni (i don't sure whether he's muslim or not but he looks like a Chinese) asyik dok mintak duit je ngn kitorang...ade la sahabat yg b'simpati ngn die bg RM1 tp nk dijadikan cerita pakcik ni plak yg over...m'buatkan aku 'hangin' ngn pakcik ni...nsb baek ade sahabat2, kalo x dah lame aku melenting kt die ni...dah bg betis nk peha plak...xleh blah lansung...whatever...

ape yg menarik bile jumpe ramai2 ni kite dapatlah share sikit2 citer sahabat2 yg lame xcontact...2 la namenye ukhuwwah, bukan stakat di mata, tapi di heart-tea...semoga ukhuwwah ini m'jadi p'cetus semangat bgku u trus istiqamah dlm medan p'juangan Islam ni...

last night mmg 'nightmare' buat aku...mase nk blk umah, kami hampir2 terjatuh...dapat accident kecik je...ntah mcm mane handle motor aku b'goyang xtentu pasal sampai xleh nk corner motor aku ni...tp Allah penyelamat segala2nya...aku mmg pasrah ngn insiden smalam...m'buatkan aku lebih b'hati2 bile memandu nti...tp kalo bwk kete mmg kene maintain 100kmh...nti hilang ke'macho'an aku sekaligus m'jatuhkan kredibiliti aku sebagai seorang lelaki...huhuhuhu

1. Set aside a regular time to plan. Do it once a day, week, month or year, and let nothing interfere with this business activity.


2. Decide how much time u will devote to each planning session. It could be 10 minutes every day, an hour once a week or a day once a month.

3. Write out a list of outcomes u want from ur planning session, for example, an accurate budget, new employee profile, marketing strategy 4 a new product, or a list of what u want 2 accomplish that day, the agenda 4 the next meeting or speakers 2 hire 4 ur next training session.

4. Evaluate the necessary resources available during ur planning session to complete ur plan: people, information, money, time and resources.

5. Resist the tendency to end the planning session without meeting its objectives

6. Include a follow-up process 4 each plan. This is 2 make sure u integrate/apply what u did during ur planning session - even 4 a list of what u'll do today.

So what r u waiting 4? A recent study indicated that 4 every minute spent in planning, u'll save 10 minutes in execution.

This article was adapted from Tim Connor, a management trainer and the author of Soft Sell, an international best-seller on salesmanship.

Bermula esok, 24 Mei hingga 8 Jun sekolah bercuti. Esok juga ramai ibu bapa yang akan mengambil cuti sama ada untuk balik kampung atau makan angin di tempat-tempat menarik. Contohnya ke Langkawi, Pulau Pinang, Port Dickson, Cherating, Pulau Tioman atau datang menjenguk ke KLCC dan Menara Kuala Lumpur di ibu kota. Pendek kata, mana saja destinasi pilihan perjalanan perlu dirancang. Apa lagi jika percutian sekeluarga menggunakan kenderaan sendiri.

Makan rancanglah perjalanan anda untuk panduan lebih lancar sebagaimana tercatat dalam risalah Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

Di sini diturunkan panduan perjalanan anda:

1.Memandulah semasa kenderaan tidak banyak di jalan raya.

2.Mulakan perjalanan lebih awal.

3.Elakkan daripada menghadapi situasi di mana anda perlu memandu tergesa-gesa.

4.Pastikan keluarga anda memahami kepentingan merancang setiap perjalanan terutamanya perjalanan jauh.

5.Siapkan anak-anak anda lebih awal

6.Buat senarai semakkan pada malam sebelumnya.

7.Nikmati permulaan yang selesa dan perjalanan anda lebih selamat tanpa sebarang masalah.

8."Pandu, Tunggang dan Jalan dengan Selamat"

Selamat Bercuti dan berdoalah semoga selamat pergi dan balik...
MEMANDU

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
1. Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
2. Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.. '

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa..'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita?Same2 lah kite ambir ikhtibar daripada coretan ini...

Nukilan Abadi...

seingat aku mase blajar penah gak beberapa kali aku menyelinap curi2 masuk kat tasik fakuti ngn kawan2 g memancing ikan malam2...kalo pg2 g memancing nti kantoi plak ngn pak 'guard' situ...so nk diringkaskan citer kitorang g jalan kaki je dari kolej dgn b'bekalkan umpan cengkerik 100 ekor pastu bwk kitorang punyer 'man-made rod'...nk diringkaskan lagi mmg ikan kt tasik 2 besar2 n sedap2 u dimakan...lepas makan trus bwk g kedai mkn n suruh diorang masak u kitorang sedap2...bayar pon xbyk, cume dlm rm3 sorang je tp makan 2 mmg xingat dunie la...yela kalo umpan dah 100 ekor cube la 'imagine' bape bilangan ikan yg kitorang dpt mlm 2...ni la yg dinamakan "rezeki ade di mane2"...wallahu a'lam bissowaab...

book

aduhai hari ni...tetibe aku rase si empunya badan ni x bape sihat sbb xcukup tido...mane tidaknya!dah tgk bola sampai subuh xtdo2...pastu kul 9 ade kelas komputer plak samapai petang...bile nk qada' tdo pg tadi?jawapannye lepas hbs kelas kul 530ptg...pas solat asar aku terus lentok sampai kul 756pm...nasib baik nyamuk2 menyedarkan aku u solat maghrib...thanx 4 waking me up this evenin' even u suck my blood a little bit...huhuhu...ayuh berusaha u hari esok plak...aja2!

mata aku mmg dah ngantok ni...tp xpe...aku puas hati hari ni sbb MU mng lawan Chelsea...sekian, wassalam...

aduhai bola...aku akan bersengkang mata malam ni ngn kwn2 sbb nk tgk 'match' MU vs Chelsea kul 2pg ni...aku optimis MU leh menang walaupun kelebihan lebih memihak kepada Chelsea...MU xkan tersungkur begitu saje...huhuhu...mane leh kasi 'chance' team di bawah kuasa orang Yahudi menang...xjadiiii...

1130pm...hanya beberapa jam sahaja lagi 'match' antata MU dengan Chelsea bakal berlangsung di Russia...aku janji ngan member aku nk g tgk bola kt luar...huhuhu...MU fan 4ever!ayuh kite same2 qiambollail awal pagi nih...tp aku rase alangkah bagusnye kalo kite pakat ramai2 g solat berjemaah kt masjid...dpt jgk pahala...tp xpe, final Champions League ni bukan tiap2 hari...huhuhu...mai pekena kopi radix...mai secawan!


ORANG ramai berjalan di luar skrin gergasi yang memaparkan perlawanan bola sepak di Dataran Merah, Moscow semalam.

SEBUAH penjara yang terkenal dengan jolokan “lubang neraka” mungkin menjadi ‘kediaman’ warga Britain yang melakukan rusuhan dan bertindak ganas selepas perlawanan antara kelab bola sepak Manchester United (MU) dengan Chelsea di Moscow esok.

Penjara yang dikenali dengan nama Butyrka di Moscow itu pernah menempatkan beberapa tahanan politik dan reputasinya yang buruk menjadikan ia digeruni oleh rakyat Rusia.

Seorang diplomat asing berkata, keadaan di penjara itu terlalu teruk berbanding dengan penjara di negara-negara Barat.

“Ia penuh dengan bahaya dan saya sangat berharap anda tidak berada di sana,” katanya.

Penyakit berjangkit juga mudah merebak di penjara itu yang pernah dihuni beberapa penjenayah berbahaya dan ia juga dianggap seperti sarang tikus.


BEBERAPA peminat tiba di lapangan Terbang Domodedovo, dekat Moscow semalam.

Tahanan-tahanan yang berada di penjara itu juga terpaksa tidur mengikut giliran kerana setiap bilik kurungan yang hanya direka untuk 20 banduan tetapi pihak berkuasa menempatkan sehingga 80 banduan.

Keadaan di penjara itu adalah lembap tetapi pada musim panas keadaan menjadi sangat panas kerana setiap bilik kurungan tidak mempunyai banyak tingkap dan tiada penyaman udara.

Banduan pula hanya diberi makan bubur untuk bersarapan dan pada waktu tengah hari, mereka disajikan dengan sup, garam dan air manakala untuk makan malam, penghuni dihidangkan dengan bubur, sepotong roti serta sedikit gula.

Penyakit Aids dan batuk kering juga berleluasa di kalangan banduan di mana 37,000 tahanan di Rusia menghidap HIV positif.

Sebanyak 20 peratus penghuni penjara adalah pengguna dadah dan lebih 60 peratus daripada mereka berkongsi jarum suntikan.

Terdapat beberapa kejadian pukul di penjara dan pada bulan lalu, para tahanan melakukan tunjuk perasaan.

Kebanyakan penghuni penjara terpaksa menghabiskan masa menunggu kes mereka dibicarakan yang melibatkan tempoh selama beberapa tahun.

Ketika Rusia berada dalam pentadbiran Kesatuan Soviet, terdapat penghuni penjara di Butyrka itu yang diheret dari tempat tidur mereka pada waktu malam.

Seorang ekspatriat berkata : “Mereka (pegawai-pegawai pihak berkuasa Rusia) menyatakan keadaan di penjara itu sudah diperbaiki.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadi sukarelawan untuk memastikan sama ada ia betul atau tidak.”

Sebanyak 50,000 peminat bola sepak dari Britain dijangka membelanjakan £100 juta (RM623 juta) untuk menyaksikan perlawanan itu.

Para penyokong MU dan Chelsea membelajakan secara purata £2,000 (RM12,597) setiap seorang untuk perjalanan ke Moscow.


SEORANG penyokong kelab Manchester United tiba di sebuah lapangan terbang di Moscow.

Bayaran hotel adalah £500 (RM3,149) semalam dan tiket untuk pasaran gelap dijual £1,600 (RM10,078).

Sementara itu, ribuan anggota polis di Moscow kini bersedia menerima kehadiran lebih 40,000 peminat bola sepak dari Britain.

Menjelang perlawanan esok sejumlah anggota polis mula melakukan rondaan untuk mengesan penyeluk saku.

Seramai 7,000 anggota polis yang dibantu oleh sejumlah anggota polis Britain yang tidak beruniform pula berkawal di lokasi-lokasi penting.

Ketua Polis Moscow, Vyacheslav Kozlov berkata, anggota-anggotanya akan memberi layanan baik dan tidak memandang serong terhadap penyokong asing yang hadir.

Pihak berkuasa juga menampal sejumlah poster bagi memberi informasi kepada penduduk di Moscow berhubung perlawanan itu.

Namun, Dataran Merah yang merupakan mercu tanda di bandar raya itu tetap meriah dengan beberapa aktiviti sempena perlawanan akhir MU dengan Chelsea. – Agensi

p/s: sumber ini dipetik daripada akhbar kosmo bertarikh 20 Mei 2008.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat kronik dengan penyakit rasuah, tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara termasuklah bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari semasa ke semasa bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu PAS akan menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yang sedang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) - Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah.

Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar, katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi.

Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987.

Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj

sumber ini dipetik daripada harakahdaily.net pada 19 Mei 2008.


KOTA BHARU, 19 Mei (Hrkh) - Mengambil kira situasi yang berlaku sekarang, Umno dianggap sudah tidak relevan dalam kerangka politik di negara ini.

Bagaimanapun bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat peluang Umno untuk kembali berada di kedudukan lebih selesa hanya satu iaitu mengubah dasar parti seperti digariskan oleh Islam.

Pada saya, bukan masalah mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan, tetapi masalah Umno itu sendiri yang sejak dahulu sehingga sekarang mengasingkan politik dengan agama.

Apa yang pemimpin Umno hendak jawab di depan Allah Taala di akhirat kelak kerana tidak menggunakan kuasa diberi untuk memartabatkan agama Islam.

Masalah Abdullah yang didesak meletak jawatan adalah soal peribadi. Saya hanya minat bincang masalah dasar Umno itu sendiri," katanya di sini.

Menurutnya sekarang bukan isu mahu Perdana Menteri didesak meletak jawatan sebaliknya persoalan dasar Umno itu sendiri tidak betul.

Hari ini, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno kerana kecewa dengan kepemimpinan Abdullah. Dan beliau hanya akan kembali ke pangkuan parti itu selepas Abdullah meletak jawatan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Jumaat lalu, Menteri Besar yakin industri penternakan burung walit di negeri ini berkembang pesat berdasar kepada ramai pengusaha berminat menceburi industri tersebut.

Selain itu perusahaan burung walit Insya-Allah mampu menjadi tarikan kepada pelancong," katanya ketika merasmikan Nespure Holdings Sdn Bhd, kedai produk sarang burung walit di KB Mall.

Pengarah Nespure Holding Sdn Bhd, Ng Chin Pok berkata, produk sarang burung Walit dan premisnya dapat memperkembangkan industri pelancongan di negeri ini.

Ia bersesuaian dengan program Tahun Melawat Kelantan 2008 yang mensasarkan enam juta pelancong.

Beliau juga berkata penuaian sarang burung walit dari gua secara komersial dijalankan sejak lebih 100 tahun lalu di Malaysia.

"Hasil penuaian pertama dari Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878. Sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha cuba menerokai halaman baru dalam penuaian burung walit menggunakan kaedah moden," katanya.

Turut hadir di majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah. - mj

sumber dipetik daripada harakahdaily.net bertarikh 19 Mei 2008


Salam. Selamat Hari Guru 2008 buat seluruh warga pendidik sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mendahului kita menemuiNya. Juga buat ayahanda tercinta yang baru sahaja bersara daripada alam guru pada 7 Mei yang lepas. Moga ayah akan terus menjadi orang yang sentiasa membangunkan agama dan bangsa. Justeru, di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru 2008 dengan bertemakan "Guru Cemerlang Negara Terbilang". Terima kasih guru.

Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

  1. Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
  2. Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.

Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan".

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

  1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
  2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
  3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
  4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
  5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.

Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).

Konsep penghormatan kepada warga pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

Ada nampak spek mata aku tak?”, tanya Jiman yang sedang meraba-raba mencari spek matanya yang hilang.

“Tak nampak pun”, aku menjawab ringkas sambil berehat di atas sofa rumah.

Aku tahu bagaimana perasaan Jiman ketika itu apabila kehilangan cermin mata, kerana aku sendiri selalu juga hilang cermin mata. Memang rimas, tidak selesa dan susah nak buat kerja. Pernah suatu hari ketika bergegas hendak pergi ke kelas, tiba-tiba cermin mata aku hilang. Misplace. Kelam kabut aku mencarinya. Buka sini, buka sana. Selongkar sini, selongkar sana tapi tak jumpa juga. Akhirnya aku pergi ke kelas tanpa bercermin mata. Semasa berada di dalam kelas, aku betul-betul tidak selesa melihat pensyarah di depan aku dalam kekaburan. Merimaskan.

Bila tamat kelas, aku bergegas balik ke bilik menyelongkar setiap sudut bahagian yang berkemungkinan terdapat cermin mata di situ. Alhamdulillah, akhirnya kuketemu juga permata yang hilang tu.

Beginilah keadaan hidup orang yang bergantung perjalanannya dengan cermin mata. Bagi anda yang tidak memakainya, mungkin anda tidak dapat memahami keadaan orang yang memakai cermin mata. Namun, sekiranya anda ingin cuba merasainya, cuba anda andaikan diri anda sebagai pemandu kereta yang sedang memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Andaikan.

Ketika melihat gelagat emak mencari-cari cermin matanya sambil-sambil berehat dan berbaring di atas sofa, aku bertanya kepada diri sendiri, “Betapa susahnya mata yang kabur hendak berjalan jikalau tidak bercermin mata. Ini baru cermin mata. Tetapi macam mana pula agaknya keadaan manusia yang hidup tanpa berCermin Matakan al-Quran dan Sunnah?”

Rupanya dengan cermin mata itu pun boleh manjadi tamsil untuk manusia berfikir tentang kekuasaan Allah SWT.

"Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka” (Ali-‘Imran: 191)

Media perdana dewasa ini dilihat cuba melaga-lagakan barisan Pakatan Rakyat bagi menimbukan rasa resah dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kerjasama Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dengan DAP.

Pada saya, adalah tidak adil sekiranya media arus perdana memburuk-burukkan barisan pakatan rakyat walhal mereka sendiri (UMNO) mempunyai banyak masalah dalaman sesama mereka. Maka seruan Presiden PAS supaya rakyat perlu bijak menilai segala berita atau cubaan yang dibuat media perdana bagi memburukkan kerjasama antara Pakatan Rakyat adalah tepat pada masanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta penjelasan tentang pendirian PAS berkenaan slogan 'Malaysian Malaysia' yang dibawa DAP.

"Saya suka berpijak di alam nyata pada hari ini, yang mana pada hari ini melalui pilihan raya umum, rakyat telah memecahkan tembok perkauman dan agama, sekali gus ia dilihat sangat menarik. Apa yang penting, bukan istilah tetapi objektif untuk mewujudkan perpaduan dan keadilan," jelas beliau dalam sesi dialog bersama media sempena Majlis Makan Malam Rakan Media PAS, di sebuah hotel di ibu kota, malam semalam.

Menurut Ustaz Hadi, PAS bersifat terbuka dalam hal ini, dan perlu memberi penekanan terhadap titik persamaan, dan bukannya titik perbezaan yang wujud di antara Pakatan Rakyat.

Jelasnya, dalam menghadapi keperitan, seperti ISA contohnya semua tahanan ISA menerima layanan dan keadaan yang sama, tanpa sebarang perbezaan yang perlu diperjuangkan bersama.

"Orang PAS yang ditahan ISA, dihantar ke Kamunting. Begitu juga Hindraf. Semua dihantar ke Kamunting, tiada bezanya. Orang DAP juga yang ditahan, dibawa ke Kamunting. Tiada bezanya dan titik persamaan itu perlu diperjuangkan bersama," tegas beliau.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi mengakui yang menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat hari ini ialah peranan media yang cuba melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

"Saya pernah buat pepatah 'jangan kita menjadi seperti lesung dan alu, yang kenyang ayam'. Lesung dan alu tumbuk-menumbuk, sakit...yang kenyang, tetap ayam. Jadi kalau kita lawan sama-sama kita (Pakatan Rakyat), yang untung nanti lawan kita. Yang penting bukan istilah, tapi pengisiannya yang membawa kebaikan kepada semua pihak tanpa mengira kaum dan agama," tegas beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada peruntukan berkenaan 'negara Islam' dalam Perlembagaan PAS, tetapi wujud hukum yang tertinggi iaitu al-Quran, Sunnah, Qias, Ijmak Ulama' mewujudkan negara yang memerintah berasaskan ajaran Islam yang ada di dalamnya keadilan.

Sementara itu, dalam respons berhubung peranan blogger, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, yang turut hadir di majlis itu berkata, media perdana hari ini begitu tersepit kerana mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehendak pemerintah, sedangkan di lima buah negeri sudah berubah pemerintahannya.

"Media perdana hari ini tersepit kerana mereka tidak berlandaskan kebenaran. Jika saudara-saudara, sebagai blogger yang jujur dan ikhlas, sudah pasti tidak tersepit dengan keadaan hari ini dalam melaporkan kebenaran," jelas beliau.

Dalam pada itu, Nizar turut meminta para blogger yang dahulunya lantang mengkritik kelemahan BN agar berbuat serupa terhadap kelemahan yang dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kalau dulu saudara-saudara kritik dengan begitu hebat BN, maka sekarang untuk mengkritik Pakatan Rakyat juga perlu diteruskan, dalam menyatakan kebenaran," tegas beliau lagi, sambil menerima tepukan gemuruh daripada para blogger dan hadirin.

Majlis makan malam itu diadakan sebagai tanda penghargaan PAS kepada para media, termasuk blogger yang memainkan peranan besar dalam memberikan keputusan pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri Lajnah Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh; Timbalan Ketua Muslimat, Wan Hasrina Wan Hassan; ahli-ahli Parlimen PAS; Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu; pimpinan PAS di peringkat negeri, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan isteri; blogger Sang Kelembai, dan beberapa blogger lain.

Tahniah! Itulah kalimah yang wajar ditujukan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana 'terpaksa' mengambil masa 62 tahun untuk memberi kebenaran kepada penyampai berita untuk tampil bertudung.

Ramai yang berpendapat, RTM selama ini telah menafikan secara tidak langsung kebebasan dan hak seseorang mengamalkan ajaran agamanya khususnya bagi penyampai berita wanita yang beragama Islam.

Dalam satu artikel di akhbar tempatan Hamidah Hamzah yang sering kali tampil sebagai pembaca berita Dunia Hari ini jam 11 malam dan Warta 1.30 pagi menyatakan kegembiraannya setelah sekian lama 'berjuang' untuk melaksanakan tuntutan agama dan impiannya selama tiga tahun lalu akhirnya tercapai.

"Sebaik mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Penerangan memberi kelulusan penyampai berita di RTM kini boleh bertudung, sayalah individu paling gembira.

"Selepas sekian lama perkara ini disuarakan, baru sekarang ianya dibenarkan dilaksanakan," katanya yang merupakan penyampai wanita bertudung pertama dalam RTM.

Namun katanya dalam wawancara itu, beliau mestilah tampil gaya tudung yang sesuai seperti yang digayakan dan ira-kira 20 gambar gaya ikat tudung pelbagai cara telah dihantar untuk dinilai dalam mesyuarat tersebut.

"Ini kerana mengikut antara syarat yang ditetapkan, cirinya mestilah beridentitikan tudung RTM," katanya.

Sementara itu bekas penyampai beriuta RTM, Wan Chik Hashim atau lebih dikenali sebagai Wan Chik Daud berkata tindakan RTM harus dilakukan sejak dulu lagi.

Beliau mencerita permintaannya untuk tampil bertudung telah disuarakan semenjak tahun 1984 selepas pulang menunaikan haji, namun tidak dibenarkan sama sekali.

Katanya disebabkan keengganannya menyampaikan berita tanpa bertudung, beliau diarah bertukar ke bahagian radio.

Ramai pembaca artikel berkenaan merasa kesal kerana RTM sebagai media rasmi Kerajaan yang sering melaungkan dan menyiarkan isu-isu berkaitan Islam,kebebasan dan hak individu serta senantiasa mempromosikan Islam Hadhari tidak mengizinkan penyampai berita melaksanakan syariat Islam malah dikenakan pula syarat yang ketat untuk dipenuhi.

Bagi hash117 yang menghantar pandangan terhadap artikel tersebut di Tranungkite amat terkejut dengan sikap RTM selama ini.

"Saya amat terkejut bila membaca satu artikel di akhbar di Malaysia hari ini. Mengucap panjang entah nak percaya atau tidak artikel ni..

"Sekian lama Malaysia dikenali dengan Negara Islam dan perkhidmatan RTM selama 62 tahun tetapi... Saya berkata begitu atas kenyataan dua orang pembaca berita Wanita yang RTM tidak membenarkan mereka memakai tudung.

"Malah kelulusan sekarang ini pun menpunyai syarat syarat yang ketat. Tudung mesti berciri RTM, 'colour' tudung mesti .....Hancur hancur ..."

RTM juga pernah mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut yang enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau Purdah namun RTM jugalah yang membuat larangan seumpama itu, katanya.

Allahu Akbar! Sungguh benar Allah itu Al-Malik (Maha Memiliki dan Menguasai Seluruh Alam) lagi Maha Al-Jabbar, Al-Qaadir dan Al-Muqtadir yakni Maha Berkuasa atas segala-galanya! Taufan Nargis yang melanda negara Myanmar (juga dikenali sebagai Burma) pada hari Sabtu, 4 Mei yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22,000 rakyat Burma menjadi mangsa taufan tersebut sementara 41,000 yang lain masih hilang. Taufan Nargis dan bencana tragis ini telah menghancurkan Delta Irrawaddy yang membekalkan hampir separuh bekalan beras dunia!

Mulia sungguh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bila mengingatkan rakyat supaya mengubah cara hidup dengan berbelanja mengikut kemampuan dan berjimat.

Teringat juga bagaimana Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nit Mat yang juga Mursyidul Am PAS menasihatkan rakyatnya dan umat Islam supaya berjimat apabila menggunakan air semasa mengambil wuduk.

Kedua pemimpin memberi nasihat atas nilai kebaikan yang sama supaya berjimat. Bagaimanapun ia satu perbezaan yang amat ketara dari segi keterampilan kedua pemimpin tersebut.

Tuan Guru Abdul Aziz mengingatkan rakyatnya berdasarkan keilmuannya serta pengalaman sebagai orang yang sering melakukan ibadah solat. Beliau berkata, Nabi Muhamad saw mengambil wuduk dengan air hanya secupak Bagdad iaitu lebih kecil sedikit daripada ukuran cupak Malaysia.

"Kalau kita hendak tahu banyak mana kita menggunakan air ketika ambil wuduk, cuba tadoh baldi dibawah paip tempat kita ambil wuduk. Tengok banyak mana kita guna air?" ujarnya ketika memberi kuliah di sebuah surau di Taman Samudra, Gombak.

Nik Aziz juga tidak mempunyai rumah selain daripada yang diduduki di Pulau Melaka. Rumah sebuah itulah yang tidak ditambah pembesaran melibatkan berjuta ringgit sejak 20 tahun lalu menjadi pemimpin kerajaan Kelantan. Sebanyak 30 peratus gajinya disumbang untuk perjuangan Islam.

Beliau juga orang yang mudah ditemui rakyat pada hari Jumaat. Tidak ada protokol dan skurity yang menghalang untuk menemui beliau. Dia pemimpin dan dia juga rakyat. Tidak ada kasta membezakan golongan pemimpin dan kumpulan rakyat.

Kedudukan dan pergaulan beliau sama dengan penduduk kampung berlainan pemimpin di Putrajaya yang amat ketara wujud jurang perbezaan antara golongan elit dan orang awam, pemimpin dan rakyat. Ia lebih mengwujudkan kasta daripada penempatan yang harmoni.

Sebaliknya kesederhanaan ini tidak wujud pada pemimpin negara dan negeri yang dikuasai Umnoi. Renovation rumah sahaja melibatkan wang berjuta ringgit. Gaya hidup mewah, keluar negara dan membeli belah boleh menghabiskan beratus ribu ringgit.

Mereka membeli jet beratus juta ringgit inilah yang menyeru rakyat supaya berjimat. Hidup di rumah berharga lebih RM200 juta inilah yang menyeru rakyat berbelanja mengikut kemampuan.

Dalam keadaan inflasi yang makin meningkat rakyat secara tidak langsung terpaksa mengawal perbelanjaan.

Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi selepas pilihan raya umum lalu telah mengubah kehidupan mereka malah berlaku defisit. Perbelanjaan yang hanya cukup makan seumpama `kais pagi makan pagi kais petang makan petang' sebaliknya sekarang kais pagi pun tidak cukup untuk pagi.

Menteri yang hidup diselubungi kemewahan bercakap dan mengajar rakyat miskin yang sudah berjimat diminta supaya berjimat.

Rakyat miskin mahukan menteri membela mereka bukan yang miskin diseru berjimat. Rakyat mahukan gaji dan kos sara hidup minima RM1,200 sebulan sebaliknya apa pembelaan pemimpin kepada mereka.

Dalam keadaan inflasi yang semakin mencengkam rakyat sepatutnya golongan pemimpin dan kaya diseru berjimat. Mereka sepatutnya mencontohi Nik Abdul Aziz memotong gaji mereka untuk rakyat.

Jangan jadi seumpama kerajaan Mamalik meminta supaya ulama iaitu Imam Nawawi mengeluarkan fatwa supaya rakyat membayar cukai membantu kerajaan untuk digunakan wang tersebut di medan perang.

Sebaliknya Imam Nawawi kata tidak harus (haram) berbuat demikian iaitu meminta rakyat membayar cukai melainkan setelah kerajaan menjual seluruh harta kekayaan istana milik sultan untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya ia masih lagi tidak mencukupi barulah rakyat boleh diminta membayar cukai.

Dalam paqda itu Abdullah juga mengingatkan rakyat memainkan peranan membantu penguatkuasa mengawasi harga barang-barang.

Daripada pengalaman politik Malaysia iaitu setiap kali selepas pilihan raya umum sentiasa berlaku kenaikan harga barang. Ini berdasarkan pengalaman lalu bahawa Barisan Nasional (BN) mendapat sumbangan besar daripada golongan konglomorat setiap kali pilihan raya umum.

Selepas pilihan raya golongan ini seperti biasa akan menaik harga barang bagi mengaut keuntungan lebih setelah menghabiskan wang kepada BN.

Boleh dikatakan kebanyakan barangan naik mendadak bukan sahaja barang keperluan perumahan bahkan barangan elektrik. Soket elektrik yang boleh didapati dengan harga RM1.90 di Maydin sebaliknya selepas pilihan raya mencecah RM8.90.

Bagi mengaburi pandangan, Abdullah meminta rakyat bantu penguatkuasa. Apa yang boleh rakyat bantu? Sedangkan kenaikan harga berlaku daripada pembekal dan pemborong.

Kenapa sukar sangat kerajaan mahu bertindak keatas golongan tersebut? Kenapa peruncit dan peniaga kecil yang diugut jangan menaikan harga barang?

Konglomerat boleh dibilang dengan jari dan tidak sukar untuk kerajaan bertindak. Sebaliknya menyuruh rakyat membantu penguatkuasa lebih menambah penganiayaan kepada kepada kecil dan peruncit.

Ikhlaslah kerajaan, kalau betul-betul mahu membela rakyat. Bukan hanya sedap pada suara sebaliknya menyembunyikan tindakan pemimpin negara yang lebih membela golongan kaya daripada rakyat miskin.

Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."

Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.

Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah al-Hadid ayat 22 dan 23.

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kesal dengan tindakan Tabung Haji kerana membuat pelaburan dalam Syarikat Silver Bird yang mempunyai rekod menafikan hak pengguna Islam di negara ini.

Setiausaha Agung PPIM Dato' Ma'mor Osman mendakwa, tindakan Tabung Haji itu amat tidak bertepatan dengan imejnya sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah menjaga pelaburan umat Islam.

Menurutnya, Silver Bird Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai rekod menafikan hak pengguna Islam apabila gagal mengadakan tahap minimum kebersihan dan keselamatan makanan.

Tambahnya lagi, ini termasuklah dalam kes kilang roti milik mereka di Nilai Negeri Sembilan yang didapati kotor, kes penemuan lipas di roti High 5 sebagaimana yang disiarkan dalam News Straits Times (6 Oktober 2007) serta kes penemuan cicak dalam muffin keluaran syarikat terbabit seperti mana yang dilaporkan dalam Harian Metro (28 April 2008).

Ma'mor juga berkata, syarikat Silver Bird juga didapati mengelirukan fakta yang pernah mempamerkan logo halal pada produk keluaran syarikatnya walaupun produk itu belum mendapat pengiktirafan dari Jakim.

PPIM mendesak Tabung Haji mengkaji semula keputusannya melaburkan duit umat Islam ke dalam syarikat yang tidak beretika seperti Silver Bird Sdn Bhd.

"Sebagai sebuah badan yang dihormati di negara ini, Tabung Haji seharusnya tidak bertindak terburu-buru dan melabur di dalam syarikat yang membelakangi hak pengguna negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap Tabung Haji mengenalpasti beberapa syarikat roti bumiputera yang berdaya saing dan membangunkan mereka agar boleh berkembang dan menjalankan perniagaan.

"Seperti pembangunan kilang membuat roti menggunakan mesin semi automatik dengan jumlah pelaburan yang besar seperti yang dilaburkan di Silver Bird. Tabung Haji gagal melaksanakan tanggungjawab serta fardu kifayah terhadap umat Islam dalam membantu industri roti bumiputera," katanya.

Beliau juga kecewa amanah dari beratus ribu pendeposit Tabung Haji dikhianati dan akan mengemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan sama ada terdapat unsur penyelewengan dalam kes pelaburan itu.
Justeru katanya, kerajaan wajar memandang serius masalah ini kerana PPIM menerima banyak bantahan yang mengsyorkan semua pendeposit manarik balik pelaburan mereka atau kerajaan menubuhkan Tabung Haji kedua.

"Masyarakat pengguna Islam yang mempunyai pelaburan di dalam Tabung Haji didesak menarik balik semua pelaburan mereka sekiranya pelaburan Tabung Haji ke atas Silver Bird diteruskan," tegas beliau.










Kami Telah menerima email yang disertakan beberapa keping gambar dari setelit yang di diambil dari ruang udara KUSTEM.Gambar tersebut dari bumbung salah sebuah bangunan yang terdapat di dalam kawasan kampus tersebut.Gambar ini dikatakan telah tersebar luas melalui email.


Gambar setelit atas bumbung bangunan KUSTEM


Bila Gambar ini di zoomkan imej semakin jelas



Inilah yang dikatakan lambang salib oleh pengunjung yang telah menghantar gambar ini kepada kami melalui email.